Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Pekan Sik, Kedah mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Penubuhan PJK ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan Mukim Sik agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini. Sebanyak 12 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk Fasa Rintis, 72 untuk Fasa 1 dan 53 buah pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian. |
|
Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 16 February 2011 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
Lokasi PJK Pekan Sik terletak di Bangunan Anggerik, iaitu benar-benar berada di dalam kawasan Pekan Sik. PJK Pekan Sik berada di dalam kawasan Mukim Sik, mempunyai jumlah penduduk seramai 7,659 orang (berdasarkan maklumat yang diperoleh di www.icerve2.gov.my setakat 9 Februari 2009 lalu). Terdapat 28 kampung di dalam Mukim Sik ini iaitu: |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 27 July 2010 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|
SIK berasal daripada perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab telah membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah di Lubuk Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman. |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 27 July 2010 )
|
|
Baca lagi...
|
|
|