11111 

 

Apakah itu penutupan siaran analog (ASO)?

Penutupan siaran analog (ASO) adalah proses penutupan perkhidmatan penyiaran televisyen terestrial analog percuma.

Apakah itu peralihan digital?

Peralihan digital merujuk kepada cara program anda disiar dan diterima dari rumah anda. Semua saluran Free-To-Air (FTA) kini akan menyiarkan kandungan mereka dalam kualiti digital sepenuhnya selepas peralihan analog kepada digital.

Siaran Digital myFreeview

myFreeview merupakan jenama perkhidmatan TV digital percuma Malaysia yang menawarkan saluran TV dan radio popular tanpa sebarang bayaran atau yuran langganan.

Apakah itu Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua (DVB-T2)?

DVB-T2 bermaksud Penyiaran Video Digital – Terestrial Generasi Kedua. DVB-T2 diangkat sebagai standard industri di negara-negara utama sekitar Eropah dan Asia. Ia menawarkan kecekapan sistem, kestabilan dan fleksibiliti yang membolehkan penggunaan efisien spektrum terestrial bernilai untuk penyampaian audio, video dan perkhidmatan data kepada alat peranti tetap dan mudah alih

Ketahui info di : http://www.mytvbroadcasting.my/