ASSALAMUALAIKUM...

SELAMAT DATANG KE PUSAT INTERNET PEKAN SIK

 

 

PUSAT INTERNET Pekan Sik sebelum ini dikenali sebagai PUSAT JALURLEBAR KOMUNITI (Community Broadband Centre) Pekan Sik, kedah mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PUSAT INTERNET merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Penubuhan PUSAT INTERNET  ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan Mukim Sik agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini. Sebanyak 5 buah PUSAT INTERNET  di sekitar daerah sik, iaitu di Pekan Sik, Bandar Baru Beris Jaya, Rtp Padang Besar, Kuala Kerik dan Kg Tala telah diwujudkan bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.

 

 

WAKTU OPERASI

PUSAT INTERNET PEKAN SIK

  • 9.00 pagi - 6.00 petang
  • Dibuka setiap hari

**Ditutup pada hari kelepasan am negeri

 

Rehat:

  • 1.00 petang - 2.00 petang (SABTU-KHAMIS)
  • 12.30 tgh hari - 2.30 petang (JUMAAT)

 

Perkhidmatan Yang Disediakan:

TERKINI !! - Perkhidmatan merekabentuk laman web bagi usahawan IKS (.com.my) dan memberi tunjuk ajar untuk menguruskan kandungan laman web perniagaan anda sendiri secara PERCUMA.

  • Kursus asas/Bengkel ICT secara PERCUMA kepada ahli! - terbuka kepada semua
  • Pusat akses WiFi/wireless
  • Pusat akses internet (RM 1.00/jam - ahli Pusat Internet & RM 2.00/jam - bukan ahli )
  • Servis baikpulih/selenggara PC/laptop
  • Scanning
  • Printing
  • Fotostat
  • Laminat
  • Perkhidmatan upah menaip tugasan/surat/rancangan perniagaan dsb.
  • Memberi sewa bilik untuk sesi temuduga syarikat/seminar/bengkel - disediakan kemudahan projektor, skrin, internet dan 20 buah komputer.

 

 

Alamat :

PUSAT INTERNET  Pekan Sik

No. 2, Tingkat Atas Bangunan Anggerik, Pekan Sik

(berada di antara Kedai LENO & Kedai Bunga serta Barang-barang Perkahwinan Galeri AnNajwah).

  • PUSAT INTERNET Pekan Sik telah beroperasi sepenuhnya sejak penghujung bulan Disember 2007.
  • Pusat ini yang dulunya dikenali sebagai Pusat Internet  Pekan Sik ataupun CBC Pekan Sik. 

 

 

Komuniti tempatan yang mengunjungi PUSAT INTERNET Pekan Sik untuk menggunakan peralatan atau perkhidmatan yang disediakan adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI Pekan Sik kerana pelbagai faedah akan diperolehi. Bayaran yuran keahlian yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00 seumur hidup dan terbuka kepada semua kaum, tidak mengira usia. Ahli Pusat Internet Pekan Sik hendaklah menggunakan kemudahan komputer atau internet sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan (setahun) kerana keahlian akan dibatalkan sekiranya ahli didapati tidak aktif melebihi 12 bulan.

Penggunaan komputer dan internet bagi ahli Pusat Internet Pekan Sik antara 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari adalah sebanyak RM 1.00 setiap jam bagi setiap unit komputer, manakala penggunaan komputer dan internet bagi setiap unit komputer selepas jam 6.00 petang, kadar harga yang dikenakan adalah sebanyak RM 2.00 setiap jam.

Penggunaan komputer dan internet bagi bukan ahli  Pusat Internet pula akan dikenakan bayaran pada kadar RM 2.00 setiap jam bagi setiap unit komputer pada bila-bila masa.

 

 

 Hari

 Masa

Bayaran setiap jam/komputer

 Ahli

 Bukan Ahli

Ahad - Isnin

 9.00 pagi - 6.00 petang

 RM 1.00

 RM 2.00

 

 

Untuk makluman, Pengurus atau Penolong Pengurus  Pusat Internet Pekan Sik akan memantau dan merekod penggunaan komputer atau internet berbayar pada setiap masa. Tempoh masa penggunaan komputer adalah tidak dihadkan, tetapi pihak pengurusan Pusat Internet Pekan Sik bertanggungjawab untuk menghadkan masa bagi seseorang pengguna, sekiranya pengguna melebihi bilangan komputer.

Selain itu, di  Pusat Internet Pekan Sik ini turut mengadakan kelas bimbingan asas/kursus penggunaan komputer setiap bulan. Kursus ini diadakan secara PERCUMA dengan syarat mendaftar sebagai ahli Pusat Internet Pekan Sik dan sijil akan diberikan selepas tamat kursus.