Akibat cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini berikutan fenomena El Nino, suhu dikatakan mampu mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh matahari terletak secara tegak di atas garisan Khatulistiwa.

Laporan Bernama, sehingga hari ini, pihak Kementerian Kesihatan telah menerima  kira-kira 29 laporan masalah kesihatan yang melibatkan cuaca panas melampau termasuk dua kes terbaru strok haba.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, dua kes terbaru strok haba itu masing-masing dilaporkan berlaku di Kedah dan Perak di mana dengan kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan strok haba menjadi lima kes.

Foto - dancesafe.org

Anda tahu akan Strok Haba?

Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

ada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Simptom-simptom Strok Haba:-

Inya seperti sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.

Pencegahan yang boleh dibuat:-

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.

Info:- 

Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air ksoong dan pengambilan minuman isotonik.Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.

SENARAI PUSAT KESIHATAN DI MUKIM SIK:

 

   

 

HOSPITAL DAERAH SIK

Kategori : Hospital Kerajaan

Alamat : Jalan Hospital Sik, 08200 Sik

No. Telefon : 04-469 5333 / 04-469 5334

 

 

KEMENTERIAN KESIHATAN

Kategori : Hospital Kerajaan

Alamat : Jalan Hospital Sik, 08200 Sik

 

 

KLINIK KESIHATAN DAERAH SIK

Kategori : Klinik Kerajaan

No. Telefon : 04-469 5704

 

 

KLINIK IBU DAN ANAK

Klinik Ibu & Anak Kg. Charuk Tualang

 

 

KLINIK DESA

Klinik Desa Kg. Chepir (No. Telefon : 04-469 0660)

Klinik Desa Kg. Tanah Hitam

Klinik Desa Kg. Chong (No. Telefon : 04-469 0670)

Klinik Desa Kg. Lubuk Tualang (No. Telefon : 04-469 0630)

 

 

POLIKLINIK BERKAT

Kategori : Klinik Swasta

Alamat : No. 16, Kompleks Kedai KEDA, 08200 Sik

No. Telefon : 04-469 3163

 

 

POLIKLINIK DR. AZHAR

Kategori : Klinik Swasta

Alamat : No. 9, Kompleks Kedai KEDA, 08200 Sik

No. Telefon : 04-469 5669


       

AKTIVITI KECERGASAN DI SIK PUPUK KESEDARAN KESIHATAN

Aktiviti kecergasan diteruskan bagi memberi kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan untuk individu dan masyarakat secara amnya.

Justeru itu, bagi menjayakan hasrat murni ini, Amanah Ikhtiar Malaysia Cawangan Daerah Sik telah mengambil inisiatif bagi menganjurkan

“Program Sehati Sejiwa Blok Sik” pada 7 September 2017 (Khamis) yang lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Sik, Sik, Kedah Darul Aman disini.

Seramai 165 orang peserta yang terdiri daripada Perkumpulan Wanita Amanah Ikhtiar Cawangan Daerah Sik telah menjayakan program tersebut.

Program yang dimulai dengan aktiviti senamrobik ini juga turut disertai oleh kanak-kanak yang minat akan program sedemikian.

Tujuan penganjuran aktiviti ini diadakan adalah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat berpeluang melibatkan diri dalam

aktiviti kecergasan serta pengamalan gaya hidup sihat serta aktif  yang akan membawa kepada kebaikan untuk kesihatan diri.

Turut serta didalam program ini, Puan Ruslina Binti Abdullah, Penolong Pengurus Cawangan Amanah Ikhtiar Daerah Sik

dan turut dihadiri Encik Mohamad Wajih Bin Din, wakil dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik.

hfmd poster-1

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.