Akibat cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini berikutan fenomena El Nino, suhu dikatakan mampu mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Fenomena ini terjadi disebabkan oleh matahari terletak secara tegak di atas garisan Khatulistiwa.

Laporan Bernama, sehingga hari ini, pihak Kementerian Kesihatan telah menerima  kira-kira 29 laporan masalah kesihatan yang melibatkan cuaca panas melampau termasuk dua kes terbaru strok haba.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata, dua kes terbaru strok haba itu masing-masing dilaporkan berlaku di Kedah dan Perak di mana dengan kes terbaru ini menjadikan jumlah keseluruhan strok haba menjadi lima kes.

Foto - dancesafe.org

Anda tahu akan Strok Haba?

Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).

Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.

ada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.

Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan mungkin kematian.

Simptom-simptom Strok Haba:-

Inya seperti sakit kepala berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah pitam.

Pencegahan yang boleh dibuat:-

Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang lasak ketika cuaca panas dan lembap.Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas, pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan kekurangan air.

Info:- 

Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air ksoong dan pengambilan minuman isotonik.Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi, pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.