JENIS-JENIS PERTANIAN
Terdapat tiga jenis pertanian di Malaysia. Iaitu:-

Pertanian pindah
Pertanian kebun kecil (sara diri)
Pertanian ladang

 

1. Pertanian Pindah

Ciri-ciri utama :

Diusahakan oleh orang asli di kawasan pedalaman Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Tanaman yang diusahakan adalah tanaman kering seperti padi huma, keledek, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Menggunakan cara-cara penanaman dan peralatan tradisional (kaedah primitif) seperti cangkul, tugal, kapak, parang dan batang kayu.
Hasil tanaman adalah untuk kegunaan sendiri.
Diusahakan oleh ahli keluarga sendiri.
Petani akan berpindah ke kawasan baru apabila kesuburan tanah yang telah di-tinggalkan akan ditumbuhi oleh hutan belukar (hutan sekunder)
Peringkat kerja dalam pertanian pindah
Hutan dibersihkan dan dibakar. Abunya dijadikan baja tanah.
Tanaman ditanam oleh ahli keluarga gunakan alat dan cara penanaman tradisional dan mudah.
Hasil tanaman dituai oleh ahli keluarga gunakan alat tradisional.
Berpindah ke kawasan lain yang lebih subur - keburukannya kawasan yang ditinggalkan ditumbuhi belukar.


2. Pertanian Kebun Kecil / Sara

Ciri-ciri utama:

Keluasan tapak 1- 2 hektar.
Diusahakan oleh ahli keluarga yang bermodal kecil.
Kegiatan pertanian yang terpenting - paling luas diusahakan oleh petani Malaysia.
Ditanami dengan tanaman sara diri untuk keperluan keluarga dan selebihnya dijual kepada penduduk tempatan sahaja.
Menggunakan jentera-jentera kecil dan kemudahan pemprosesan serta pemasaran yang disediakan oleh kerajaan. Masih ada yang mengamalkan cara pertanian tradisional.
Tanaman yang ditanam seperti padi, buah-buahan, sayur-sayuran dan jagung (tanaman sara diri) serta tanaman dagangan seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan koko.
Pertanian Ladang

 

3. Pertanian Ladang

Ciri-ciri utama:

Keluasannya melebihi 40 hektar.
Dijalankan secara besar-besaran oleh syarikat besar.
Menanam tanaman dagangan seperti getah, kelapa sawit dan teh
Menggunakan tenaga buruh yang ramai, peralatan moden, racun serangga, baja urea dan biji benih yang bermutu tinggi.
Mengeluarkan hasil yang tinggi dan keba-nyakannya diekspot.