Pekan Selasa merupakan pasar minggu yang amat popular dikalangan masyarakat di daerah Sik.
Pasar minggu ini hanya dibuka pada hari Selasa setiap minggu dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari
. Disini, masyarakat tempatan dan pelancong boleh mendapatkan produk hasil kampung seperti ulam-ulaman,
buah-buahan, kopi kampung, madu lebah, pakaian, barangan dapur dan sebagainya dengan harga yang murah.
Disepanjang jalan utama daripada Parit Panjang, Baling ke Batu Lima, Sik, terdapat beberapa gerai Industri Kecil
Dan Sederhana (IKS) yang menjual produk IKS seperti jeruk, bantal kekabu, barangan berasaskan mengkuang
dan sebagainya. Ketika musim buah-buahan pula, terdapat beberapa tambahan gerai yang menjual buah-buahan
tempatan yang segar di sepanjang jalan tersebut.
SUMBER RUJUKAN :http://mohdfarid87.blogspot.my/2010/02/desa-tercinta.html