PERNIAGAAN MAKANAN/ MINUMAN
PRODUK SEJUK BEKU

Lokasi Daerah SIK DUN BELANTEK
Mukim SIK Parlimen SIK
Negeri KEDAH

Maklumat Individu/ Organisasi
Nama Faziana Binti Bahari Umur 36 tahun
Email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. No. Telefon 0134444361
Alamat Kampung Lubuk Bedil Tahun menjadi Ahli PI 2016

Bentuk perniagaan

PERNIAGAAN MAKANAN/ MINUMAN
PRODUK SEJUK BEKU

Kisah kejayaan

Latar belakang

Puan Faziana merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan makanan/ minuman di warung kepunyaannya sendiri di samping melakukan penghantaran menu yang dipesan oleh pelanggan dan produk kuih muih sejukbeku. Beliau pada mulanya menjual secara menerus kepada pelanggan tapi akhirnya menggunakan medium aplikasi internet (atas talian) untuk meluaskan lagi perniagaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT Puan Faziana hanya memasarkan secara kecil-kecilan dan menjual secara bersemuka dengan pelanggan. Apabila didedahkan dengan Aplikasi elektronik oleh pihak PI, Puan Faziana kini memasarkan produk secara atas talian seperti aplikasi whatsapp, we chat dan facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Faziana menghadiri kelas asas komputer dan seterusnya latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Sik, beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu medium untuk mempromosikan produk beliau Perniagaan beliau semakin maju dan pelanggannya juga semakin bertambah.

Penggunaan PI Apa yang dipelajari melalui PI

- Mengikuti Kelas Asas Komputer
- Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, whatsapp dan we chat.
- Mempelajari cara mengambil order melalui FB
- Mempelajari cara berkomunikasi dengan pelanggan.

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

- PI membantu mempromosikan produk
- Memberi kelas dan latihan keusahawanan
- Membantu mempromosikan produk
Online Platform

We Chat Faziana Ana Telegram 0134444361
FB Faziana Ana
https://www.facebook.com/faziana.ana.5?fref=ts
Instagram Tiada
Whatsapp 0134444361

Gambar & Keterangan

i) Bengkel Latihan ICT/ Keusahawan yang dihadiri

Caption : Kelas/ Bengkel Usahawan dijalankan bagi membantu usahawan memantapkan lagi jualan produk.

Maklumbalas

Pengurus/ Penolong Pengurus PI banyak membantu beliau dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam ICT. Bimbingan tentang keusahawanan tersebut perlu ditingkatkan dan promosi perlu diperbanyakkan,

Kursus Usahawan Tahun 2017

Bil      

   

Tajuk Kursus                          

     

JangkaMasa                    

  Tempat                         

1. 

TeknologiTanaman   Padi 

3 hari

Pusat Latihan Pertanian , Telok Chengai 

2.

Teknologi Sayuran Secara Fertigasi 

2 hari

Pusat Latihan Pertanian , Telok Chengai 

3.

Teknologi Penternakan Kelulut 

2 hari

Pusat Latihan Pertanian , Telok Chengai 

4.

Teknologi Tanaman Durian 

2 hari 

Pusat LatihanPertanian , Charok Padang Sik

5

Teknologi Tanaman Jagung 

2 hari

Pusat LatihanPertanian , Charok Padang Sik

6.

Teknologi Tanaman Betik

2 hari

Pusat Latihan Pertanian , Telok Chengai 

7.

Teknologi Tanaman Pisang

2 hari

Pusat LatihanPertanian , Charok Padang Sik

 Kursus  ini terbuka kepada 30 penyertaan terawal .

Sila mendaftar dengan SEGERA dengan Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia , Jabatan Pertanian Negeri Kedah, Telok Chengai .

Telefon : 04-7775000 sambungan 142 ( Cik Munirah binti Azizan)        Fax: 04-7775005

USAHAWAN PERLU KREATIF UNTUK LEBIH MAJU

Mohd. Tajudin Abdullah (kanan) menunjukkan produk-produk yang dipasarkan di Karnival Halal Komuniti di Padang Awam Sik, Kedah, kelmarin. - UTUSAN/Norlia Ramli
 
SIK 2 Jun - Usahawan di negeri ini disarankan agar kreatif menghidupkan segala sumber dan produk yang ada di daerah ini untuk lebih maju dalam bidang perniagaan yang diceburi dengan lebih kreatif.
 
Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah berkata, usahawan juga perlu mengembangkan produk mereka selaras dengan teknologi baharu untuk memastikan peluang produk tempatan ke pasaran luar lebih besar.
 
"Ramai dalam kalangan usahawan terdiri daripada orang Islam tetapi mereka kurang menonjol untuk memperkenalkan produk-produk mereka sehingga ramai di kalangan kita tidak mengetahuinya.
 
"Peranan agensi-agensi kerajaan dan media amat diperlukan bagi membantu menaikkan nama produk-produk tempatan supaya ianya lebih dikenali," katanya ketika merasmikan Karnival Halal Komuniti di Padang Awam Sik di sini semalam.
 
Menurut Mohd. Tajudin, kerajaan perlu lebih serius memerhati dan mengambil tindakan ke atas pengusaha makanan yang tidak halal agar tidak memberi lebih impak mengenai pemakanan halal di kalangan orang Islam.
 
"Karnival halal seumpama ini haruslah digerakkan kepada orang ramai dengan lebih kerap untuk memberi kefahaman yang lebih jelas kepada mereka," ujarnya.
 
Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga menyediakan gerai-gerai dan bazar bagi kemudahan pengusaha di Sik memasarkan hasil produk mereka.
 
"Lima buah Agro Bazar Kedai Rakyat, empat gerai buah-buahan segar dan sepuluh buah motosikal roda tiga disediakan di daerah ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.
 
"Semua yang dilakukan itu adalah untuk memperluaskan hasil-hasil produk tempatan yang sememangnya dijamin halal di samping membantu peniaga untuk memasarkannya," katanya.