CELIK IT MUHAMMAD WAIZ BIN ABDULLAH
Nama |
Muhammad Waiz Bin Abdullah |
Umur |
12 Tahun |
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
No. Telefon |
Tiada |
Alamat |
Kg. Seberang Pekan Sik, 08200 Sik, Kedah |
Tahun menjadi Ahli PI |
2018 |
Latar belakang
Muhammad Waiz adalah seorang pelajar yang rajin dan tekun berusaha. Walaupon mengidap autism tetapi tidak menghalang beliau mendapat sesuatu yang dikehendaki. Jika ada kelapangan beliau melayari Internet dan mencari bahan ilmiah seperti bahan persekolahan di Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Muhammad Waiz tidak mempunyai sebarang ilmu computer sebelum ini. Atas kesedaran dari Ibunya, Muhammad waiz mendaftar sebagai ahli PI dan mendapatkan kelas asas computer di PI Pekan Sik
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Sik, beliau kini boleh menyiapkan kerja dengan mudah dan pantas. Beliau juga mempunyai akaun emel dan Facebook sendiri untuk berhubung dengan rakan-rakan, dan guru.
USAHAWAN ROHGAYAH BINTI NAYAN
Nama |
Rohgayah Binti Nayan |
Umur |
40 tahun |
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
No. Telefon |
0194897514 |
Alamat |
Kg Bendang Temingat, 08200 Sik, Kedah. |
Tahun menjadi Ahli PI |
2013 |
Latar Belakang
Puan Rohgayah merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan membuat kerepek pisang dan simpulan kasih untuk tempahan sekitar kampung pada mulanya. Kini beliau menghasilkan secara besar-besaran apabila mendapat sambutan yang memberangsangkan di kawasan Sik dan luar kawasan Sik. Beliau pada mulanya menjual secara menerus kepada pelanggan tapi akhirnya menggunakan medium aplikasi internet (atas talian) untuk meluaskan lagi perniagaannya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT Puan Rohgayah hanya memasarkan secara kecil-kecilan dan menjual secara bersemuka dengan pelanggan. Apabila didedahkan dengan Aplikasi elektronik oleh pihak PI, Puan Rohgayah kini memasarkan produk secara atas talian seperti aplikasi whatsapp, wechat dan facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rohgayah menghadiri kelas asas komputer dan seterusnya latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Sik, beliau kini telah menjadikan facebook sebagai satu medium untuk mempromosikan produk beliau. Perniagaan beliau semakin maju dan pelanggannya juga semakin bertambah.Dengan aplikasi media sosial Puan Rohgayah banyak mengetahui dan mempelajari cara membuat dan menghasilkannya.
USAHAWAN SITI HAJAR BINTI ISHAK
Nama |
Siti Hajar Binti Ishak |
Umur |
27 TAHUN |
|
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
No. Telefon |
019-4035490 |
Alamat |
Kg.Charuk Sireh, 08200 Sik, Kedah Darul Aman |
Tahun menjadi Ahli PI |
2015 |
Latar belakang
Puan Siti Hajar merupakan sorang usahawan yang aktif dalam penghasilan Laksa kUah Lemak di sekitar Daerah Sik. Bagi memperkenalkan produk beliau, Puan Siti Hajar menjadikan penggunaan komputer untuk tugasan harian. Ini memaksa beliau untuk mempelajari dengan lebih mendalam penggunaan komputer. Bagi menambahkan ilmu pengetahuan tentang aplikasi komputer beliau menjadikan Pusat Internet Pekan Sik sebagai rujukan dan tempat untuk menimba ilmu dan mempelajari selot belok perniagaan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT Puan Siti hajar hanya memasarkan secara kecil-kecilan dan menjual secara bersemuka dengan pelanggan. Apabila didedahkan dengan Aplikasi elektronik oleh pihak PI, Puan Siti Hajar kini memasarkan produk secara atas talian seperti aplikasi whatsapp, wechat dan facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas asas komputer yang dibimbing oleh Pusat Internet Pekan Sik, beliau kini boleh menyiapkan kerja dan memasarkan produk beliau dengan mudah dan pantas. Beliau juga mempunyai akaun emel dan Facebook sendiri untuk berhubung dengan rakan-rakan, dan usahawan yang terlibat.