Usahawan Wanita Di Kedah Digalak Ikuti Kursus Jangka Pendek

ALOR SETAR - Usahawan wanita di negeri ini disarankan menganggotai persatuan bagi membolehkan golongan itu beroleh maklumat tepat dalam memajukan perniagaan diceburi.

Pengerusi Persatuan Usahanita Bumiputera Negeri Kedah (Baru), Aishah Abdul berkata, peranan wanita dalam membantu menambah pendapatan dan ekonomi keluarga perlu diperkukuh melalui platform memajukan diri dengan menimba ilmu.

"Usahawan wanita sama ada sepenuh masa mahupun sambilan wajar menambah ilmu antaranya teknik pemasaran dan strategi perniagaan berkesan.

"Jika berpeluang, ikuti kursus-kursus jangka pendek yang diadakan untuk memantapkan perniagaan," katanya selepas majlis perasmian penutup kursus 'Scalling Up Women Entrepreneurs' STEPS dengan kerjasama Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).

Majlis dirasmikan oleh Exco Pembangunan Usahawan, Datuk Suraya Yaacob.

Aishah berkata, beberapa aspek perlu diberi perhatian oleh usahawan mikro yang masih mengabaikan faktor penarik produk antaranya pembungkusan kurang menarik dan ketiadaan sijil halal.

Pada masa sama katanya, pihaknya giat menambah keahlian dengan memfokuskan kepada setiap parlimen dengan menyasarkan 13 cawangan bermula tahun depan.

"Kini kita mempunyai cawangan di Kota Setar, Kulim dan Sungai Petani dengan ahli sekitar 200 orang," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Wanita Hari Ini


WEDNESDAY, JUNE 25, 2008
Serendah Si Kebun Bunga, Sik, Kedah

Pada Tanggal 14th June 2008 until 15th June 2008, saya bersama-sama rombongan ke Serandah Si Kebun Bunga(SSKB). Kami bertolak pada Pukul 1600 dan sampai pada pukul 1800. Menariknya kami perlu berjalan kaki untuk sampai ke SSKB ini. Dengan hati yang girang kami berjalan masuk kerana jalannya menuruni bukit. Persekitarannya adalah Kampung. Apabila sampai di sana kami menjamu selera Bok Kacang bersama biskut 4 segi. Sedap kerana lapaq...Best woo p sana.... Mendamaikan jiwa. Tido kat challet nama Perindu. Satu bilik 4 orang. Persekitarannya ada air terjun, tasek, landskap yg menarik & mengasyikkan.... Best sangat p sana. Release sikit tension aku nih... 2 hari 1 malam aku berada di sana. Seronok sangat... kalau berkesempatan ke sana nanti pergilah ke sana. Ala-ala Kampung gitu!

  

WANITA HARI INI 

Moha suka makan ikan pekasam dak?

Ni nak beritahu ke moha, ada ikan pekasam terbaik di Sik

Perusahaan diusahakan secara tradisional
Ikan air tawar yang fresh yang dijadikan pekasam diambil dari Tasik Gubir, Sik

Ikan Pekasam Kak Nah

Alamat: No 33, Kg Keda Kota Aur, Sik

No telefon :
019-5415614 (Kak Nah)
019-6092902 (Effendi)

    

  

HARI IBU

Hari Ibu adalah hari peringatan atau perayaan terhadap peran seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, maupun lingkungan sosialnya.Peringatan dan perayaan biasanya dilakukan dengan membebastugaskankan ibu dari tugas domestik yang sehari-hari dianggap merupakan kewajibannya, seperti memasak, merawat anak, dan urusan rumah tangga lainnya.

Pada 7 Mei 2016, kami Cluster Sik dari Pusat Internet 1 Malaysia  telah mengadakan program bersama Hari Ibu di Rtc Bendang Man Sik, dirasmikan oleh YB Dato Tajuddin Bin Abdullah seramai 200 orang .Pelbagai program menarik yang kami lakukan Dashboard Komuniti, MyKOMUNITI, MY SOAL , MYHELATH DAN MY SHOP. Kami mengadakan bengkel KLIK DENGAN BIJAK untuk belia dan kanak-kanak latihan silangkata.Pelbagai kativiti menarik yang diadakan seperti sukaneka..pameran usahawan dan gotong royong bersama memeriah kan suasana.

   

 

BENGKEL ROTI PIZZA DI RTC BENDANG MAN

Bengkel ini diadakan untuk wanita yang menjadi usahawan untuk mempelajari bagaimana untuk menghasilkan produk seperti roti pizza dan pengisian dalam dashboard komuniti - MYSHOP

Bahan-bahan :

  1. Tepung Gandum = 1kg
  2. Mauripan =1 bungkus
  3. Majerin = ½ cawan
  4. Susu pekat= 1/3 tin
  5. Air = secukup rasa
  6. Bahan topping =sosej ,cheese,mozzarella,manyonis,sayur campur,isi daging dan ayam

Cara-cara Membuat roti pizza

  1. Uli tepung +majerin sampai sebati
  2. Masukkan mauripan dan uli sebati
  3. Air + susu
  4. Masukkan campuran air+susu uli smpai lembut
  5. Biarkan doh roti selama 30 minit sehigga doh kembang
  6. Uli semual doh supaya angina dapat dikeluarkan
  7. Bentukkan doh dan letakkan bahan topping
  8. Bakar pada suhu 80 %  selamat 15 minit

     

 

Persatuan Ibu Harapan (PIH) kembali aktif selepas enam tahun menyepi

Persatuan Ibu Harapan (PIH) dahulunya dikenali sebagai Persatuan Ibu Tunggal Suri Waja, kini kembali aktif selepas enam tahun menyepi daripada sebarang aktiviti untuk ahli persatuan.

Pengerusinya, Siti Rahana binti Saleh berkata, "setakat ini jumlah ahli berdaftar mencecah sehingga 380 orang, dan bilangan itu akan ditingkatkan dari semasa ke semasa. Antara faktor PIH tidak aktif sejak sekian lama adalah disebabkan kekurangan pemimpin bersesuaian yang berminat dengan aktiviti sukarela, selain faktor sibuk menguruskan hal masing-masing".

Kini, akhirnya ahli persatuan bersepakat untuk menghidupkan kembali PIH sebagai salah satu cara menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal serta memberi peluang untuk merancang aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat ini adalah Kursus Kraftangan Pembuatan Bunga. Kursus ini akan diadakan sebanyak dua siri. Setiap siri akan disertai oleh 60 orang peserta (hanya yang layak dan betul-betul berminat sahaja). Di samping memperoleh kemahiran daripada kursus tersebut, mereka boleh menjana pendapatan keluarga selepas kursus nanti.

Menurut Siti Rahana lagi, kebanyakan ahli PIH hanya bergantung hidup kepada hasil menoreh getah, yang mana pendapatannya tidak menentu kerana bergantung juga kepada cuaca.

Melalui persatuan ini, masalah ahli-ahli dapat dikongsi bersama dan dibincang untuk mencapai kata penyelesaian, terutamanya ibu tunggal yang mempunyai anak ramai tetapi tiada bantuan kewangan.

 

Pengusaha Kerepek Pisang Goreng

Puan ini mengusahkan perniagaan kerepek pisang sebagai tugasan beliau apabila menjadi surirumah kepada 3 orang anak beliau. Belia sibuk menyiapkan tempahan kerepeknya mengikut permintaan pelanggan tiada mengira waktu. Seorang ibu yang amat rajin membantu suaminya manakala suaminya seorang bekerja sebagai orang kampung dan kak ini sentiasa membantu suaminya. Tambahan pula musim kenduri, beliau sangat prihatin kepada pelanggan beliau menerima tempahan mencecah 100 bungkus 1 hari. 

 

 

Latar Belakang Puspanita

Saranan ini direalisasikan dengan penubuhan PUSPANITA secara rasminya pada 1 Mac 1983. Pembinaan bangunan yang lebih besar serta infrastruktur yang lebih baik dan ini mendorong PUSPANITA untuk menjalanakan lebih banyak aktiviti untuk ahli-ahlinya.

Hasil daripada itu tertubuhnya PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah setahun selepas penubuhan PUSPANITA Kebangsaan dan kini telah mengalami pelbagai evolusi sejak dari zaman penubuhannya. PUSPANITA Cawangan Negeri Kedah telah diterajui oleh beberapa orang wanita yang berkarisma dan berwibawa serta melaksanakan pelbagai aktiviti di Rumah PUSPANITA yang telah dirasmikan pada 22 April 2009 di alamat 940 Jalan Menteri Off Jalan Sultanah 05350 Alor Setar.

Mesyuarat agung puspanita daerah sik tahun 2018 diadakan pada 11 januari 2018 bertempat di dewan teratai,sik inn, kedah.

    

 


Program Mencari Cinta Siti Khadijah Di Daerah Sik merupakan program pertama antara Pengasas Telekung Siti Khadijah bersama Penghulu Mukim iaitu Penghulu Shoib Bin Haji Ismail merangkap Penghulu Mukim Jeneri & Sik  dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Puspanita Daerah Sik.

 
Program ini adalah untuk memberi peluang kepada Ibu-Ibu Tunggal yang terpilih di Daerah Sik merasai dan menikmati sendiri keselesaan memakai Telekung Siti Khadijah.  Seramai 100 orang Ibu Tunggal yang terpilih merangkumi empat mukim di Daerah Sik, antaranya Mukim Sik, Sok, Teloi dan Jeneri.  Program ini bermula dari Mukim Sik ke Mukim Teloi seterusnya Mukim Jeneri dan berakhir di Mukim Sok.

Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.  



Salon khusus untuk Muslimah.
Allah menjadikan setiap wanita menarik dan berharga. Maka adalah amanah bagi kita untuk menjadikan diri kita berharga dan layak.

Usahawan : Nur Salimah bt Ahmad
Alamat : Kg RTP Padang Besar, Jeneri, Sik, Kedah

Petunjuk : Jalan mini tar ke Masjid Kg Padang Chichak

Waktu Operasi
Dibuka setiap hari
9 pagi - 10 malam

GPS 5.9287,100.6563

HP : 0195557310

Perkhidmatan yang ditawarkan :
*Gunting
*Rebonding
*Rawatan Rambut (Hair Loss, Dandruf, Flake)
*Perm.
*Relaxing 
*Cuci & blow

MUSLIMAH