MCMC dengan kerjasama Fakulti Teknologi Sains dan Maklumat, UKM sedang menganjurkan PERTANDINGAN VIDEO DAN POSTER KESEDARAN DUNIA MAYA ‘KLIK DENGAN BIJAK: PENGURUSAN MAKLUMAT COVID 19’.Para peminat boleh beri nama untuk penyertaan...Boleh berhubung petugas PI untuk maklumat lanjut...

Objektif :
Pertandingan ini sebagai salah satu langkah yang dijalankan oleh pihak MCMC dan UKM dalam memberi dan meningkatkan kesedaran masyarakat Malaysia tentang isu semasa berkaitan Pandemik Covid 19.

Selain itu, pertandingan ini juga dijalankan bagi menggalakan penglibatan aktif masyarakat terutamanya remaja di Sekolah dan IPT dalam menyumbang kepada pembangunan kandungan kreatif yang positif dalam media baharu.

Maklumat pertandingan :

Kategori :

1. Video Pendek (2-5 minit) : IPT dan Sekolah
2. Poster : Terbuka

Tarikh Tutup Penyertaan : 31 Mei 2020

MASJID AL-RAHMAN (PEKAN SIK)

 

No Daftar: MY-02-SIK-00383

Alamat: PEKAN SIK, 08200 SIK KEDAH

Maklumat Imam: 

Hj.ahmad Bin Hussain

Abdul Ghani Bin Yahya

Lokasi: 

Pusat Internet Komuniti Pekan Sik terletak di No. 2, Tingkat Atas Bangunan Anggerik,08200 Sik, Kedah. Ia benar-benar berada di dalam kawasan Pekan Sik. Pusat Internet Pekan Sik berada di dalam kawasan Mukim Sik di mana mempunyai jumlah penduduk seramai 76,300 orang berdasarkan maklumat yang diperoleh di webjabatankedah.gov.my. 

 

Pecahan penduduk adalah seperti berikut :

Kaum Jumlah (Orang) Peratusan (%)
Melayu  69250 93
India 61 0.1
Cina 1115 1.5
Lain-lain 5874 5.3

Lelaki :38197 orang

Perempuan : 38103 orang

Jumlah Keseluruhan : 76,300 orang

Kesimpulan: 

Untuk makluman, dari segi jantina, golongan wanita adalah lebih ramai bilangannya berbanding golongan lelaki. Jumlah bilangan lelaki yang menetap di Mukim Sik ialah seramai 3,677 orang, manakala bilangan perempuan adalah seramai 3,982 orang.

Di Mukim Sik ini, jumlah penduduk berbangsa Melayu adalah lebih ramai berbanding bangsa/kaum lain. Penduduk berbangsa Melayu seramai 6,631 orang, manakala jumlah bilangan penduduk berbangsa lain-lain (Siam) adalah kedua paling ramai, iaitu 939 orang. Bangsa Cina pula seramai 86 orang, dan bangsa India adalah paling rendah bilangannya iaitu 3 orang sahaja.

 

Terdapat 28 kampung di dalam Mukim Sik :

  1. Kampung Ternas
  2. Kampung Chong
  3. Kampung Paya Terendam
  4. Kampung Durian Burung
  5. Kampung Tua
  6. Kampung Taman Sri Enggang
  7. Kampung Dusun
  8. Kampung Tanjong
  9. Kampung Pekan Sik
  10. Kampung Sena
  11. Kampung Simpang Hospital
  12. Kampung Batu Lapan
  13. Kampung Banggol Derdap
  14. Kampung Banggol Kiat
  15. Kampung Namek Tua
  16. Kampung Namek
  17. Kampung Tandop
  18. Kampung Lubuk Bedil
  19. Kampung Tanjung Belit
  20. Kampung Charok Damar/Dua
  21. Kampung Tanjung Setar
  22. Kampung Lubuk Tualang
  23. Kampung Bendang Tebal
  24. Kampung Jering
  25. Kampung Radek
  26. Kampung Charok Sireh
  27. Kampung Jelutong
  28. Kampung Charok Padang Dalam

SIK: Seramai 244 mangsa membabitkan 85 keluarga masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Banjir (PPS) yang dibuka di daerah ini dan Baling, susulan bencana yang melanda sejak semalam.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata sehingga jam 5 petang tadi, seramai 183 mangsa membabitkan 70 keluarga berada di lapan PPS di Baling, manakala 61 mangsa membabitkan 15 keluarga berada di sebuah PPS di Sik.

"PPS yang dibuka di Baling ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putra yang menempatkan lapan mangsa, SK Siong (28), SK Bandar (9), SK Tanjung Pari (23), SK Bayu (25) dan SK Titi Gantung (44).

"Selain itu, turut dibuka adalah PPS di Dewan Banggol Derom membabitkan 17 mangsa dan Maktab Mahmud, Baling membabitkan 30 mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Parlimen & ADUN

 YB Ustaz Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman

Ahli Parlimen Malaysia Cawangan Sik - P.013 Sik

 

YB Muhammad Sanusi Bin Md.Nor

Ahli Dewan Undangan Jeneri N.23 Jeneri

 

YB Ustaz Md Isa Bin Shafie

Ahli Dewan Undangan Jeneri N.22 Belantik