Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan usahama rakan-rakan industri yang lain menganjurkan Program Mobile E-Waste:Old Phone,New Life, yang mana telefon lama yang tidak dipakai boleh dibuang melalui kaedah yang betul.

Kebaikan Program ini adalah untuk:

Pelupusan dan kitar semula jangka hayat telefon mudah alih dengan cara yang selamat;
Memberi kesedaran mengenai kesan-kesan yang boleh mendatangkan bahaya pada kesihatan dan alam sekitar akibat pembuangan yang tidak betul telefon mudah alih anda; dan
Memberi pendidikan mengenai langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengitar semula dan membaik pulih telefon mudah alih lama anda.
Sehubungan dengan itu juga, pihak Ifame dan Ingeniworks telah menyediakan beberapa Platform untuk memudahkan pihak SKMM dalam menjayakan kempen ini. Platform yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

A) web - http://mobileewaste.mcmc.gov.my/mobile/index.html

B) fb - http://www.facebook.com/mobileewaste

C) instagram - http://www.instagram.com/mobileewaste

D) twitter - http://www.twitter.com/mobileewaste

Anda hanya perlu Melayari dan "LIKE" pada platform yang di atas sebagai tanda sokongan anda untuk kempen ini.

Kerjasama dan sokongan semua amat dihargai.

Terima kasih