Belia adalah aset bangsa dan negara. Jika belia itu maju dan berjaya, ianya akan mencerminkan kemajuan bangsa untuk negara. Belia merupakan harapan kepada sesebuah negara kerana belialah yang bakal menerajui tampuk kepimpinan negara pada masa depan. Dalam membentuk belia yang bermatlamat, berwawasan dan mempunyai jati diri, beberapa agensi badan kerajaan mahupun swasta telah dibentuk dalam merealisasikan matlamat tersebut.
PROGRAM CYTRON DI IKM SIK, KEDAH
MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SIK
Mesyuarat Pengurusan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sik Bil. 03/2020 telahpun diadakan pada 14 Oktober 2020 (Rabu) yang lalu bertempat di Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Sik, Kedah Darul Aman disini.
Mesyuarat kali ini telah membincangkan hal ehwal pentadbiran, pengurusan pejabat dan isu keselamatan pejabat serta bahagian Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR).
Turut dibincangkan juga Jawatankuasa Pengurusan Negeri/Daerah dari segi pelaksanaan dan pelaporan bagi setiap program belia, sukan dan rakan muda.
Selain itu, pengerusi turut menekankan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua kakitangan antaranya kemuafakatan, bekerjasama dan saling membantu dalam mengerakkan aktiviti belia dan sukan di komuniti setempat serta juga kelancaran pengurusan pejabat yang sentiasa kemas, teratur dan terurus.
Sumber : http://www.jbsn.gov.my/