SIK berasal daripada perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab telah membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah di Lubuk Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh kini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan telah dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

PETA DAERAH SIK

 

MUKIM DI DAERAH SIK

Keluasan sik adalah 163,456 hektar atau 1,634.6km persegi

Terbahagi kepada 4 mukim :

  • Mukim Sik
  • Mukim Sok
  • Mukim Teloi
  • Mukim Jeneri

 

Pekan Utama di Sik ialah :

  • Pekan Sik
  • Pekan Batu Lima
  • Pekan Kuala Begia
  • Pekan Gulau
  • Pekan Gubir

Dahulu pekan sik merupakan pekan sik yang kecil dan kampung.Tahun 2017 pekan sik semakin maju dengan pembinaan DEWAN AL HANA dan MINI STADIUM

untuk kegunaan penduduk pekan sik dan kini menjadi lebih masyur dan berdaya saing.Pelbagai aktiviti yang menarik yang dijalankan di dewan dan mini stadium itu.

sebelum     selepasm

PADANG AWAM LAMA TAHUN 1991           PADANG AWAM ( MINI STUDIO SIK ) 2017

sebelums        selepas

DEWAN TAHUN 2000                                                DEWAN AL HANA 2017