SIK berasal daripada perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab telah membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah di Lubuk Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.

Padang Tok Sheikh kini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan telah dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah.

Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu

PETA DAERAH SIK

 

MUKIM DI DAERAH SIK

Keluasan sik adalah 163,456 hektar atau 1,634.6km persegi

Terbahagi kepada 4 mukim :

  • Mukim Sik
  • Mukim Sok
  • Mukim Teloi
  • Mukim Jeneri

 

Pekan Utama di Sik ialah :

  • Pekan Sik
  • Pekan Batu Lima
  • Pekan Kuala Begia
  • Pekan Gulau
  • Pekan Gubir