Utama
 

Menu
UTAMA
MAKLUMAT SETEMPAT
KOMUNITI
SOSIO EKONOMI
INFRASTRUKTUR
GALERI FOTO
CARIAN
PAUTAN
HUBUNGI KAMI
TIME IS PRECIOUS
Statistik Pengguna
Jum. Pelawat Semalam: 5
Jum. Pelawat Hari Ini: 3
Jumlah Pelawat Dalam Bulan Ini: 38
Jum. Pelawat Sehingga Kini: 15701
Kalendar

 

Terakhir Dikemaskini
 August 13, 2010, 4:43 am 
Terbaru Dikemaskini
Undian
Statistik Portal CBC Sik
 
Waktu Solat
Pengguna Online
Kami ada 4 tetamu online

 

Notice: Undefined offset: 0 in /var/www/html/PusatJalurlebarKomuniti/Kedah/pekansik/mambots/content/flvtag.php on line 67
Maklumat PJK
Index Artikel
Maklumat PJK
Muka 2
Pusat Jalur Lebar Komuniti (Community Broadband Centre) Pekan Sik, Kedah mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.
 
Penubuhan PJK ini adalah usaha untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada masyarakat tempatan Mukim Sik agar setaraf dengan masyarakat di bandar masa kini. Sebanyak 12 buah Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk Fasa Rintis, 72 untuk Fasa 1 dan 53 buah pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian.
 Image
Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Pekan Sik ini beralamat di No. 2, Tingkat Atas Bangunan Anggerik, Pekan Sik (berada di antara Kedai LENO & Kedai Barang-barang Perkahwinan Galeri AnNajwah) dan telah beroperasi sepenuhnya sejak Disember 2007. Pusat ini dikenali sebagai PJK Pekan Sik ataupun CBC Pekan Sik. 

Komuniti tempatan yang mengunjungi PJK Pekan Sik untuk menggunakan peralatan atau perkhidmatan yang disediakan adalah digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PJK Pekan Sik kerana pelbagai faedah akan diperolehi. Bayaran yuran keahlian yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00 seumur hidup dan terbuka kepada semua kaum, tidak kira usia. Ahli PJK Pekan Sik hendaklah menggunakan kemudahan komputer atau internet sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 12 bulan (setahun) kerana keahlian akan dibatalkan sekiranya ahli didapati tidak aktif melebihi 12 bulan.

Penggunaan komputer dan internet bagi ahli PJK Pekan Sik antara 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari adalah sebanyak RM 1.00 setiap jam bagi setiap unit komputer, manakala penggunaan komputer dan internet bagi setiap unit komputer selepas jam 6.00 petang, kadar harga yang dikenakan adalah sebanyak RM1.50 setiap jam.

Penggunaan komputer dan internet bagi bukan ahli PJK pula akan dikenakan bayaran pada kadar RM 1.50 setiap jam bagi setiap unit komputer pada bila-bila masa.

 Hari

 Masa

Bayaran setiap jam / komputer

 Ahli

 Bukan Ahli

Ahad - Isnin

 9.00 pagi - 6.00 petang

 RM 1.00

 RM 1.50

*Selasa, Jumaat & Sabtu

6.00 petang - 10 malam

 RM 1.50

 RM 1.50

Untuk makluman, Pengurus atau Penolong Pengurus PJK Pekan Sik akan memantau dan merekod penggunaan komputer atau internet berbayar pada setiap masa. Tempoh masa penggunaan komputer adalah tidak dihadkan, tetapi pihak pengurusan PJK Pekan Sik bertanggungjawab untuk menghadkan masa bagi seseorang pengguna, sekiranya pengguna melebihi bilangan komputer.

Selain itu, di PJK Pekan Sik ini turut mengadakan kelas bimbingan asas/kursus penggunaan komputer setiap bulan. Kursus ini diadakan secara PERCUMA dengan syarat mendaftar sebagai ahli PJK Pekan Sik dan sijil akan diberikan selepas tamat kursus.



Terakhir dikemaskini ( Friday, 13 August 2010 )
 
< Prev
 
 
 

Pusat Jalurlebar Komuniti CBC