|
SIK berasal daripada perkataan Arab "Syed". Mubaligh-mubaligh Arab telah membuka penempatan ini. Mereka berhenti dan singgah di Lubuk Tok Keramat, Sg. Chepir berdekatan dengan stesen minyak Shell sekarang, di Pekan Sik. Mereka telah mendirikan perkhemahan di sebuah padang yang dikenali sebagai Padang Tok Sheikh. Tapak ini kemudiannya berkembang menjadi sebuah penempatan dan pondok yang pertama di Daerah Sik dan mungkin yang pertama di Negeri Kedah Darul Aman.
Padang Tok Sheikh kini terletak berhampiran dengan Masjid Pekan Sik dan telah dibangunkan sebagai Kompleks Pejabat Agama Daerah Sik, Kedah. Perkataan "Sik" berasal daripada perkataan "Syed" atau "Sheikh" dan jika disebut dalam loghat petani Kelantan, ia berbunyi "Sik". Sebutannya antara Sik dan Saik. Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, www.wikipedia.org |
|
Terakhir dikemaskini ( Tuesday, 27 July 2010 )
|