1. S: Apakah yang dimaksudkan dengan NaDi?
   

J:  Pusat Sebaran Maklumat Nasional (secara rasmi disingkat sebagai NaDi).

Merupakan projek kerajaan dengan inisiatif yang diwujudkan pada 2013 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad.

 
 
  2. S: Bilakah NaDi akan dilaksanakan?
     

J: Pelaksanaan adalah secara berperingkat mulai tahun 2013. 

 
 
  3. S: Bagaimanakah cara untuk saya memohon NaDi kawasan saya ?
    J: Pemilihan lokasi NaDi adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan.  

Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan NaDi adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

 
 
  4. S: Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek NaDi?
    J: Proses pelaksanaan NaDi  adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.   
 
  5. S: Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek NaDi?  Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka NaDi ini?
    J: Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.  
 
  6. S: Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NaDi?
    J: Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.  
 
  7. S: Siapakah yang boleh mengunjungi NaDi?
   

J: Penggunaan NaDi adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

 
 
  8. S: Dimana NaDi terdekat yang saya boleh mendaftar sebagai ahli?
    J: Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada senarai Pusat Internet yang beroperasi di seluruh negara di laman web berikut :- http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/files/attachments/USP_REGISTER_Final_6_July_2011.pdf 
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Wilayah SKMM yang berdekatan.
 
 
  9. S: Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di NaDi?
      J: Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.  
         
  10. S: Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di NaDi )?  
      J: Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.  
         
  11. S: Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di NaDi. Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?  
      J: Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus NaDi yang berhampiran untuk keterangan lanjut.  
         
  12. S: Apakah perbezaan di antara NaDi dengan cybercafe sediada?  
     

J: Setiap penggunaan komputer NaDi adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.

Sumber : http://pi.skmm.gov.my/PJL_FAQ.htm