Keindahan Dusun Buah Di Sik

 

Serendah Sikebun Bunga Holiday Homes yang terletak di Sik, Kedah merupakan antara pusat pelancongan yang mempunyai keistimewaan tersebut.Pusat pelancongan itu yang dikelilingi kebun getah dan dusun buah-buahaan teletak di kaki bukit di Chepir dengan Sungai Sik mengalir di tepinya.

 

Bagaimanapun daerah pedalaman itulah yang menjadikan Serendah Sikebun Bunga sebagai sebuah tempat istimewa khususnya bagi mereka yang mencintai alam sekitar dan mahu menikmati suasana kampung.Keistimewaan Serendah Sikebun Bunga dapat dirasai apabila pengunjung tiba di persimpangan masuk pusat peranginan itu. Untuk masuk ke Serendah Sikebun Bunga, para pengunjung terpaksa melalui lorong kecil sejauh 50 meter sebelum tiba di pintu masuknya.Kiri kanan lorong kecil itu merupakan sawah padi.

 

Sebelum masuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung perlu melintasi jambatan kayu yang merentangi Sungai Sik.Walaupun lebarnya tidak seberapa tetapi dalamnya yang mencapai paras pinggang sudah cukup untuk bermandi-manda di dalam sungai yang jernih lagi sejuk airnya itu.Sesuai dengan namanya, Serendah Si Kebun Bunga dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga. Bagi pengunjung yang pertama kali tiba di Chepir, mereka tentunya menyangka pusat pelancongan itu agak terhad bilik penginapannya kerana yang kelihatan hanyalah dua bangunan calet, sebuah madrasah dan sebuah rumah kayu.

 Sebenarnya, terdapat beberapa calet lagi yang terletak di lereng bukit tetapi terlindung dengan pokok-pokok hutan dan buah-buahan.Rumah kayu itu pula adalah rumah rehat pemilik pusat pelancongan tersebut. Ia juga dijadikan pusat operasi menguruskan pendaftaran pengunjung.Bangunan madrasah selain menjadi tempat untuk beribadat, di bahagian bawahnya boleh dijadikan bilik persidangan yang boleh memuatkan kira-kira 80 orang.

Serendah Sikebun Bunga yang mempunyai 15 buah bilik termasuk dua buah asrama boleh menampung kira-kira 60 orang pada satu masa. Kadar bayaran penginapan ialah antara RM40 hingga RM200. Selain bilik penginapan, pusat pelancongan itu juga mempunyai sebuah balai yang sesuai diadakan majlis ceramah.Tidak hairanlah banyak agensi kerajaan dan syarikat swasta memilih Serendah Sikebun Bunga untuk mengadakan kursus motivasi bagi kakitangan mereka.

 CARA KE SANA 

Untuk ke Serendah Sikebun Bunga, pengunjung dinasihatkan menggunakan kenderaan sendiri kerana sistem pengangkutan awam di daerah Sik masih belum efisien.Jika datang dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, pengunjung perlu memasuki jalan susur keluar ke Gurun.Sebaik sahaja melepasi plaza tol Gurun, terus ke Jeniang sebelum sampai ke pekan Sik. Serendah Sikebun Bunga terletak kira-kira 10 kilometer selepas pekan Sik.

 

SERENDAH SI KEBUN BUNGA HOLIDAY HOMES, 
SIK, KEDAH DARULAMAN
"A KAMPUNG STYLE RESORT"

Tel : 013 6650 999

email ke : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.