TAMAN EKO ULU MUDA

Taman Eko Ulu Muda merupakan hutan warisan negeri dan amat kaya dengan perlbagai spesis flora dan fauna. Ia terletak 95km dari Bandar Alor Setar dan 23km dari Pekan Sik. Ia mudah dihubungi oleh pelancong melalui jalanraya dan seterusnya menaiki pacuan empat roda ke dalam kawasan hutan. Selain itu, bot-bot nelayan juga disediakan untuk membawa pelancong ke kawasan hutan dengan melalui Tasik Muda.

Ulu Muda adalah salah satu daripada 10 destinasi eko pelancongan istimewa di Malaysia. Ulu Muda mempunyai ciri-ciri flora yang kaya dnegan elemen Thai-Burma yang kekal lebih 130 juta tahun serta terdapat kepelbagaian dan kepadatan sira (salticks) dan air panas (hot spring) sebanyak 10 lokasi yang penting untuk fauna. Terdapat beberapa gua batu kapur yang menarik malah pengunjung dapat melihat spesis kelawar di dalam gua-gua tersebut iaitu 53% spesis yang terdapat di Malaysia. Terdapat juga 109 spesis fauna (termasuk 17 mamalia besar) dan spesis yang hampir pupus.

Aktiviti-aktiviti yang dicadangkan di Taman eko ulu muda seperti berkhemah, kembar, memerhati unggas dan haiwan liar, memancing dan aktiviti menyusuri sungai/tasik. Taman Eko Ulu Muda merupakan hutan warisan negeri dan amat kaya dengan perlbagai spesis flora dan fauna. Ia terletak 95km dari Bandar Alor Setar dan 23km dari Pekan Sik. Ia mudah dihubungi oleh pelancong melalui jalanraya dan seterusnya menaiki pacuan empat roda ke dalam kawasan hutan. Selain itu, bot-bot nelayan juga disediakan untuk membawa pelancong ke kawasan hutan dengan melalui Tasik Muda

  

KEDA Resort

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH (KEDA)

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

 

Pengenalan

KEDA Resort terletak di Hutan Simpan Rimba Teloi, Daerah Sik, meliputi kawasan ladang buah-buahan seluas 75.8 hektar. Terdapat tanaman campuran durian (40 hektar) dan rambutan (35.8 hektar).

Musim berbuah : Jun - September

Bagaimana hendak ke KEDA Resort?

 

Pengunjung boleh ke sana dengan berkereta dari Alor Setar atau Sungai Petani melalui Pekan Jeniang dan Pekan Sik. Kawasan projek terletak 10 kilometer dari Pekan Sik bersebelahan jalan utama Sik ke Weng, Baling mengambil masa 15 minit untuk sampai ke sana.

Kemudahan

Kemudahan yang boleh didapati adalah:

- Chalet (12 unit)

- Dewan Serbaguna

- Dewan Terbuka

- Dewan Kuliah

- Rumah Urusetia

- Khemah

- Asrama (Dormitory)

- Tapak Perkhemahan

- Kawasan Perkelahan

- Inapan Bendang Man

Lain-lain kemudahan:

- Anak Sungai Chepir yang mengalir jernih

- Bekalan elektrik & air

- Peralatan perkhemahan

- Tempat letak kereta

- Tempat makan

- Kawalan keselamatan 24 jam

- Tandas awam

- Surau

- Wakaf

Penyediaan Makanan:

- Sajian masakan tradisional

- Buah-buahan durian dan rambutan terus dari ladang (pada musim buah)

Aktiviti yang boleh dijalankan:

   

- Kursus

- Taklimat / Mesyuarat

- Perkhemahan

- 'Jungle Trekking'

- Hari Keluarga

- Melawat kawasan Dusun Buah-buahan

Pertanyaan & Tempahan:

Sila hubungi :

Pengurus Niagatani

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

Tingkat 4, Bagunan Koperasi Pekan Rabu,

Jalan Tunku Ibrahim,

05720 Alor Star,

Kedah Darul Aman.

Tel: 04-733 1994  Faks: 04-733 2085   E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 ATAU

Pengurus KEDA Resort

Projek Ladang Buah-buahan Bendang Man

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA)

08200 Sik,

Kedah Darul Aman.

Tel bimbit: 019-462 2038 / 019-462 2058

Tel Pejabat: 04-462 0369   Faks: 04-462 0371

Segala pembayaran melalui cek hendaklah dibuat atas nama:

Pengurus Besar KEDA

No. Akaun CIMB Bank : 0205-0009239-05-9

 

 

Ladang Anggur Tasik Beris

Ladang anggur yang terletak di Lot 264 Kampung Ternas, Sik ini diusahakan oleh Syarikat Excel Agrotech Sdn. Bhd. Ladang seluas 34 ekar ini mempunyai 4 jenis buah anggur iaitu Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Para pengunjung boleh mendapatkan buah anggur yang segar di sini dengan harga yang berpatutan. Ladang ini dibuka mulai jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang.

 

LATAR BELAKANG SIK

peta Sik

Kedudukan Geografi

Daerah Sik terletak di sebelah timur Negeri Kedah, bersempadanan dengan Negara Thailand di bahagian timur laut dan utara.

Ia juga bersebelahan dengan Daerah Baling di selatan, Daerah Kuala Muda di barat daya, Daerah Pendang di barat

dan Daerah Padang Terap di barat laut.

Alamat
  • Lot 264, Kampung Ternas, Ternas, Sik 08200, Kedah Darul Aman
  • 08200 Sik, Kedah, Malaysia
Telefon 017-457 4495
Laman Web http://www.berislakegrapes.com.my
E-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.