Tarikh

: 07 April 2019

Program

: Hari Pelancaran Youth Town

Lokasi

: Dataran Sik Lestari

Peserta

: 100 orang

 

Tujuan

Pelancaran Youth Town ini diadakan untuk memberi informasi kepada komuniti di sekitar daerah Sik bahawa pada setiap hari Ahad, Youth Town akan dibuka. Hari ini merupakan hari pelancaran bagi program terbabit. Youth Town adalah inisiatif dari pihak NGO PUMS di mana ia mengetengahkan usahawan-usahawan muda di sekitar daerah Sik untuk mempromosikan barangan perniagaan mereka secara meluas. Pusat Internet Kluster Sik telah dilantik menjadi agen promosi bagi Youth Town ini.

 

Terdapat variasi perniagaan yang boleh didapati di Youth Town. Program dimulakan dengan senamrobik, kemudian diikuti dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tabika. Terdapat juga kumpulan konvoi bermotor mengadakan booth pameran kepada orang ramai. Kemudian, lawatan dari DO Majlis Daerah Sik untuk melihat dan beramah-mesra bersama usahawan-usahawan. Seterusnya, majlis pelancaran bermula. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

Gambar di sini