Tarikh

: 07.08.2021

Program

: Kelas Tambahan Secara Atas Talian ( Matematik)

Lokasi

: Atas Talian

Peserta

: 1 Orang

Tujuan:

Membantu pelajar meningkatkan kemahiran pembelajaran serta memberi kemudahan kepada pelajar belajar secara atas talian.

Aktiviti:

1. Mencipta Emel Peserta

2. Memuatnaik Aplikasi Zoom Di Pc

3. Membantu Peserta 'Log In'

4. Membantu Peserta Yang Mempunyai Masalah Ketika Kelas Berlangsung

5. Soal Selidik

Gambar di sini

Tarikh

:  03.08.2021 -05.08.2021

Program

: Perkhidmatan e-service ( SSM/ Zakat/ SSPIM/E-Pengambilan PDRM)

Lokasi

: PIK Pekan Sik

Peserta

: 15 Orang

Tujuan

Perkhidmatan e-service ini disediakan di PIK Pekan Sik bertujuan untuk membantu komuniti yang tiada akses internet serta pengetahuan tentang perkhidmatan yang komuniti inginkan. Selain itu juga, ia dapat memudahkan urusan komuniti di mana mereka tidak perlu bersusah payah ke daerah lain hanya untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Seperti yang kita tahu, sejak pandemik COVID 19 melanda, segala urusan yang perlu diuruskan agak terbatas. 

Aktiviti:

1. Komuniti membuat temujanji

2. Komuniti hadir mengikut waktu temujanji

3. Petugas membantu komuniti

4. Petugas memberi sedikit info berkenaan fungsi lain PIK

5. Bersurai

Gambar di sini

Tarikh

: 11 Julai 2021

Program

: Pendaftaran Vaksinasi Covid 19 Secara Atas Talian ( Laman Web)

Lokasi

: Atas Talian

Peserta

: 3 Orang

Tujuan

Membantu komuniti untuk membuat pendaftaran untuk menerima suntikan vaksin. Ini adalah kerana sesetengah komuniti tidak mempunyai akses internet serta tiada informasi bagaimana cara untuk membuat pendaftaran penerimaan vaksin.

Aktiviti:

1. Komuniti menghubungi petugas PIK

2. Petugas memberikan taklimat ringkas berkenaan vaksinasi covid 19

3. Komuniti bersetuju untuk mendaftar

4. Petugas mendaftar di dalam laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ kerana komuniti tidak mempunyai aplikasi MySejahtera di telefon bimbit

5. Pendaftaran berjaya 

6. Memaklumkan kepada komuniti untuk menunggu tarikh temujanji

Gambar Di Sini

Tarikh

: 20 Julai 2021

Program

: Pendaftaran Vaksinasi Covid 19 Secara Atas Talian Sesi 2( Laman Web)

Lokasi

: Atas Talian

Peserta

: 3 Orang

Tujuan

Membantu komuniti membuat pendaftaran untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid19. Kebanyakan komuniti luar bandar yang berusia di antara 45 tahun ke atas tidak tahu cara untuk membuat pendaftaran secara atas talian. Petugas PIk mengambil inisiatif mempromosikan perkhidmatan mendaftar secara percuma kepada komuniti yang memerlukan khidmat ini walaupun petugas BDR.

Aktiviti:

1. Komuniti menghubungi petugas PIK

2. Petugas memberikan taklimat ringkas berkenaan vaksinasi covid 19

3. Komuniti bersetuju untuk mendaftar

4. Petugas mendaftar di dalam laman web https://www.vaksincovid.gov.my/ kerana komuniti tidak mempunyai aplikasi MySejahtera di telefon bimbit

5. Pendaftaran berjaya 

6. Memaklumkan kepada komuniti untuk menunggu tarikh temujanji

Gambar Di Sini

Tarikh

: 03 Julai 2021

Program

: Kelas Keusahawanan & Taklimat KDB

Lokasi

: Atas Talian

Peserta

: 2 Orang

Tujuan

Kelas ini bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan ke arah meningkatkan lagi tahap kecekapan  di dalam perkhidmatan dan penyampaian serta memahami strategi perniagaan seperti promosi, bekalan dan pengedaran berkesan. Selain itu juga, taklimat Klik Dengan Bijak diberikan kerana untuk memberi kesedaran kepada usahawan baru tentang wujudnya 'scammer' di dalam bidang perniagaan.

Aktiviti:

1. Pengenalan

2. Taklimat KDB

3. Sesi soal jawab berkaitan isu scammer

4. Memberikan penerangan berkaitan ICT di dalam perniagaan

5. Memberikan tunjuk ajar cara menggunakan sosial media di dalam memasarkan produk barangan

6. Memperkenalkan medium sosial yang lain untuk memasarkan produk barangan

7. Sesi soal jawab

8. Bersurai

Gambar Di Sini