Lokasi: 

Pusat Internet Komuniti Pekan Sik terletak di No. 2, Tingkat Atas Bangunan Anggerik,08200 Sik, Kedah. Ia benar-benar berada di dalam kawasan Pekan Sik. Pusat Internet Pekan Sik berada di dalam kawasan Mukim Sik di mana mempunyai jumlah penduduk seramai 76,300 orang berdasarkan maklumat yang diperoleh di webjabatankedah.gov.my. 

 

Pecahan penduduk adalah seperti berikut :

Kaum Jumlah (Orang) Peratusan (%)
Melayu  69250 93
India 61 0.1
Cina 1115 1.5
Lain-lain 5874 5.3

Lelaki :38197 orang

Perempuan : 38103 orang

Jumlah Keseluruhan : 76,300 orang

Kesimpulan: 

Untuk makluman, dari segi jantina, golongan wanita adalah lebih ramai bilangannya berbanding golongan lelaki. Jumlah bilangan lelaki yang menetap di Mukim Sik ialah seramai 3,677 orang, manakala bilangan perempuan adalah seramai 3,982 orang.

Di Mukim Sik ini, jumlah penduduk berbangsa Melayu adalah lebih ramai berbanding bangsa/kaum lain. Penduduk berbangsa Melayu seramai 6,631 orang, manakala jumlah bilangan penduduk berbangsa lain-lain (Siam) adalah kedua paling ramai, iaitu 939 orang. Bangsa Cina pula seramai 86 orang, dan bangsa India adalah paling rendah bilangannya iaitu 3 orang sahaja.

 

Terdapat 28 kampung di dalam Mukim Sik :

  1. Kampung Ternas
  2. Kampung Chong
  3. Kampung Paya Terendam
  4. Kampung Durian Burung
  5. Kampung Tua
  6. Kampung Taman Sri Enggang
  7. Kampung Dusun
  8. Kampung Tanjong
  9. Kampung Pekan Sik
  10. Kampung Sena
  11. Kampung Simpang Hospital
  12. Kampung Batu Lapan
  13. Kampung Banggol Derdap
  14. Kampung Banggol Kiat
  15. Kampung Namek Tua
  16. Kampung Namek
  17. Kampung Tandop
  18. Kampung Lubuk Bedil
  19. Kampung Tanjung Belit
  20. Kampung Charok Damar/Dua
  21. Kampung Tanjung Setar
  22. Kampung Lubuk Tualang
  23. Kampung Bendang Tebal
  24. Kampung Jering
  25. Kampung Radek
  26. Kampung Charok Sireh
  27. Kampung Jelutong
  28. Kampung Charok Padang Dalam