Tarikh

: 20 APRIL 2019

Program

: Program Bersama Pejabat Penerangan dan Skmm Utara

Lokasi

: Keda Resort Bendang Man

Peserta

: 80 pelajar

Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan program-program terkini Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti daerah sik tentang program klik dengan bijak,fungsi PI dan pelbagai aktiviti luar . Petugas bekerjasama bersama pejabat penerangan sik dan skmm utara untuk menjalankan aktiviti treasure hunt berdasarkan check point masing dan memberikan semangat kerjasama dan jatidiri dan bermotivasikan mereka.

1. Pengenalan mengenai PI

2. Penerangan oleh Petugas PI

3. Penerangan Aktiviti 

4. Pertandingan 

5. Penyampaian Hadiah

6. Bersurai

 

Gambar di sini

Tarikh

: 14 April 2019

Program

: Mesyuarat Hari APM Sik Bersama Komuniti 2019

Lokasi

: Pejabat Penerangan Daerah Sik

Peserta

: 8 orang

 

Tujuan

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan tentang program yang bakal dilaksanakan pada 27 April 2019. Program yang bakal dilaksanakan ini adalah anjuran bersama Pejabat Penerangan, Belia Dan Sukan dan Pusat Internet. Program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim semua agensi-agensi di Daerah Sik.

Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah seperti pameran agensi-agensi (seperti IPD, Pejabat Penerangan, Belia dan Sukan, Bomba, IKM) Sukaneka, Karaoke, Color Run (terbuka).

Gambar di sini

Tarikh

: 27 Mac 2019

Program

: Bengkel/ Latihan Microsoft Power Point

Lokasi

: Pusat Internet Pekan Sik

Peserta

: 2 orang

 

Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan program-program terkini Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang fungsi Microsoft Power Point serta kegunaannya.

1. Pengenalan mengenai PI

2. Penerangan oleh Petugas PI

3. Bengkel/ Latihan Microsoft Power Point

4. Bersurai

 

Gambar di sini

Tarikh

: 07 April 2019

Program

: Hari Pelancaran Youth Town

Lokasi

: Dataran Sik Lestari

Peserta

: 100 orang

 

Tujuan

Pelancaran Youth Town ini diadakan untuk memberi informasi kepada komuniti di sekitar daerah Sik bahawa pada setiap hari Ahad, Youth Town akan dibuka. Hari ini merupakan hari pelancaran bagi program terbabit. Youth Town adalah inisiatif dari pihak NGO PUMS di mana ia mengetengahkan usahawan-usahawan muda di sekitar daerah Sik untuk mempromosikan barangan perniagaan mereka secara meluas. Pusat Internet Kluster Sik telah dilantik menjadi agen promosi bagi Youth Town ini.

 

Terdapat variasi perniagaan yang boleh didapati di Youth Town. Program dimulakan dengan senamrobik, kemudian diikuti dengan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tabika. Terdapat juga kumpulan konvoi bermotor mengadakan booth pameran kepada orang ramai. Kemudian, lawatan dari DO Majlis Daerah Sik untuk melihat dan beramah-mesra bersama usahawan-usahawan. Seterusnya, majlis pelancaran bermula. Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.

Gambar di sini

Tarikh

: 17 Mac 2019

Program

: Program Hari Wanita

Lokasi

: Dewan Orang Ramai Kg Bendang Man

Peserta

: 16 orang

 

Tujuan

Program ini dilaksanakan untuk memperkenalkan program-program terkini Pusat Internet. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti daerah sik tentang program klik dengan bijak,fungsi PI dan pelbagai aktiviti dan bengkel-bengkel yang dijalankan dan sebagainya.

1. Pengenalan mengenai PI

2. Penerangan oleh Petugas PI

3. Penerangan Sayangi Wanita

4. Pertandingan Gubahan Bouquet

5. Penyampaian Hadiah

6. Bersurai

 

Gambar di sini